Sunday, 6 November 2011

Hari Raya Korban Tahun 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha pada pengunjung Blog Cikgu Yati ni. Masih ramai yang tidak tahu menyambut Hari Raya Aidiladha mengikut tuntutan agama Islam yang sebenarnya khasnya kepada anak-anak muda zaman sekarang. Lantaran itu timbul rasa tidak merasai semangat Hari Raya Korban berbanding dengan Hari Raya Adilfitri. Mungkin pengetahuan bagaimana sambutan Hari Raya Adiladha dalam Islam tidak diwar-warkan oleh orang tua mereka atau juga sikap tidak mengambil tahu oleh individu itu sendiri yang sebenarnya menyumbang kepada kejahilan mereka tentang perayaan yang amat penting dalam kalender Islam. 




Jika diikutkan perayaan Hari Raya Adiladha lebih besar perayaanya daripada perayaan Hari Raya Adilfitri. Sambutan Hari Raya Aidiladha adalah selama 7 hari sementara perayaan Hari Raya Adilfitri hanya 1 hari sahaja. Orang-orang sekarang kebanyakkannya telah menterbalikkan kepentingan perayaan kedua-dua perayaan ini . Hari Raya Adifitri lebih disambut , kadang-kadang sampai sebulan. Hari Raya Aidiladha juga menuntut umatnya melakukan pengorbanan sebagai tanda mentaati perintah Allah swt sebagaimana peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. Dalam pengorbanan yang dilakukkan, binatang sembelihan seperti lembu, unta, kambing dan lain-lain lagi menjadi pilihan untuk dikorbankan dan dagingnya dibahagi dan disedekahkan kepada orang ramai.

No comments:

Post a Comment